Tujuan Perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama yang tinggi di kalangan ahli.
Juga menerapkan gaya hidup sihat dan aktif.
Ia juga secara tidak langsung dapat mengembalikan kecerian staf dengan selitan aktiviti memancing.
Aktiviti yang dijalankan adalah memfokuskan kepada kerjasama berpasukan , berdisiplin dan saling membantu dan diharapkan ia dapat diterapkan di tempat kerja.
Selain itu, ia juga dapat mengajar seseorang itu hidup secara berdikari dan melakukan ikhtiar hidup dengan bekalan yang sekadar mencukupi.
Secara keseluruhannya, perkhemahan ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Adalah diharapkan program bermanafaat sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment