~ Pertubuhan ini dikenali dengan nama :
Kelab Sukan dan Kebajikan CIDB Negeri Terengganu.
~ Alamat Berdaftar :
Pejabat CIDB Negeri Terengganu, Tingkat 7 Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
~ Boleh dihubungi di talian 09-6245311 ( telefon ) atau 09-6238973 ( faks )
~ Kelab ini telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996
~ nombor pendaftarannya ialah 1410
~ didaftarkan pada 13 November 1998
Tujuan / Matlamat :
~ Mengadakan aktiviti riadah, rekreasi dan kebajikan di kalangan ahli-ahli dan keluarga masing-masing.
~ Mengadakan aktiviti seperti di atas dengan pihak luar bagi maksud mempererat tali silaturrahim.
~ Mengadakan aktiviti perniagaan dengan tujuan menambah tabung kewangan Kelab dengan syarat segala keuntungan tidak boleh dibahagi kepada ahli-ahli. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Kelab hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Kelab ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli kelab, sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran dibuat dengan tujuan baik atau membayar gaji imbuhan atau perbelanjaan kepada seorang ahli atau pekerja kelab ini.