Tahniah kepada Pn. Nor Farizah Mokhtar, Pn. Norsuriana Che Khalid dan Pn. Selamah Salleh yang telah selamat melahirkan bayi. Semakin bertambah besar ahli keluarga KSKCIDBNT nampaknya. Kami mewakili Kelab mengucapkan selamat datang kepada bayi2 comel ini dan mendoakan semoga mereka membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.
Wednesday, 18 July 2012
Tuesday, 24 April 2012
Program Mesra Media-ABM-CIDB 2012
Tarikh : 10 & 11 April 2012
Tempat : ABMT Jenagor
Peserta : Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, CIDB Malaysia ( Terengganu ), Harian Metro, RTM, Berita Harian, Utusan Malaysia, TV3, Unit Komunikasi Negeri Terengganu Darul Iman, Kosmo, Sinar Harian, Nanyang Siang Pau, New Straits Times, Sin Chew Daily, The Star, China Press & Bernama.com
Acara : Futsal, Dart, Ping Pong, Carom, Badminton & Explorace
Saturday, 7 April 2012
Majlis Perpisahan & Sambutan Hari Lahir
Salam perpisahan buat Cik Norsuriza binti Sidek yang berpindah ke CIDB Ibu Pejabat. Tahniah untuk kenaikan pangkat beliau sebagai Penolong Pengurus J29. Kelab mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf sekiranya ada salah silap yang berlaku di sepanjang 3 tahun perkhidmatan beliau di CIDB Negeri Terengganu.
Kelab juga mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli-ahli berikut :
1) Surina
2 ) Nazri
3) Hamiza
4) Azwan
5) Rashidi
Kelab mendoakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Saturday, 17 March 2012
Majlis Perkahwinan Haikal
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada En. Mohd Haikal bin Mohd Rashid dan isterinya Pn. Noor Humaira binti Haji Yusof. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Menziarahi 3
Takziah kepada Presiden Kelab En. Zahari bin Abdullah yang telah kehilangan ayahanda yang tercinta pada 10 Mac 2012. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin.
Tuesday, 14 February 2012
Menziarahi 2
Pada hari khamis yang lepas, ahli-ahli kelab telah pergi ke Hospital Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu untuk menziarahi ayah kepada Cik Zaipah Abdullah ( kak pah ) yang telah dimasukkan diwad. Kami bersama-sama berkongsi rasa dan turut bersimpati terhadap Kak Pah yang terpaksa membahagikan masa untuk bekerja dan menjaga ayahnya di wad. Kami mengharapkan yang terbaik dan mendoakan semoga ayah Kak Pah akan cepat sembuh. InsyaAllah....
Wednesday, 1 February 2012
Tuesday, 10 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)